UMS Mula Menggunakan Sistem Pembayaran Nirtunai Maybank QRPay

UMS Mula Menggunakan Sistem Pembayaran Nirtunai Maybank QRPay

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Beberapa universiti tempatan telah mula menggunakan sistem pembayaran nirtunai pada kampus masing-masing dalam mengalakkan lagi gaya hidup digital dan memudahkan urusan pembayaran. Terkini, Universiti Malaysia Sabah turut mula menggunakan sistem pembayaran nirtunai, yang mana dijana menggunakan Maybank QRPay.

Maybank QR Pay

Maybank QRPay menggunakan aplikasi sedia ada Maybank, dan dipautkan terus ke akaun bank pengguna – sekaligus memudahkan lagi proses transaksi. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan, dan memasukkan amaun bayaran melaluinya.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengatakan kini ia digunakan di beberapa premis dalam universiti berkenaan – dan dijangka diperluaskan untuk semua urusan menjelang Jun kelak.

Selain daripada sokongan Maybank QRPay, UMS turut mengatakan mereka telah mula menggunakan pembayaran melalui Alipay sejak bulan Disember 2017 lepas.


TIPS & ULASAN