Cari @ Amanz

Masalah kerentanan sekuriti Meltdown dan Spectre memberi kesan kepada semua komputer dan peranti yang menggunakan CPU dari Intel. Apple dikatakan telah hadir dengan kemaskini untuk Macbook yang menggunakan sistem operasi terbaru mereka, High Sierra, tetapi peranti yang masih menggunakan sistem operasi lama masih belum lagi diperbaiki.

Apple baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah hadir dengan kemaskini terbaru untuk Macbook yang menggunakan sistem operasi Sierra dan juga El Capitan. Menurut Apple, kemaskini ini hadir untuk Macbook yang menggunakan sistem operasi macOS Sierra 10.12.6 dan OS X El Capitan 10.11.6 yang bukan sahaja hadir dengan kemaskini untuk Spectre dan Meltdown, tetapi juga kerentanan-kerentanan sekuriti yang lain.

Apple juga menyarankan orang ramai yang masih menggunakan Macbook dengan sistem operasi Sierra dan El Capitan ini untuk cepat-cepat mengemaskininya supaya mereka tidak terkesan dengan kerentanan Meltdown dan Spectre tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd