Cari @ Amanz

Apple iPhone X ialah peranti dengan jualan tertinggi pada suku ke-empat 2017 menurut angka yang dikeluarkan oleh firma Canalys hari ini. Namun kadar jualan model premium ini lebih perlahan jika dibandingkan dengan model-model terdahulu kerana harga jualannya yang terlalu mahal. Oleh itu penjualan model yang lebih mampu milik mungkin akan menyelesaikan masalah ini.

KGI hari ini berkongsi sebuah lagi ramalan mengenai peranti iPhone baru yang bakal dilancarkan tahu ini. Menurut mereka, salah satu model akan dilengkapi skrin 6.1″ IPS LCD. Menarik mengenai model ini ialah ia tidak akan menyokong sistem timbal balik 3D Touch.

Turut diramalkan ialah model ini akan mempunyai rekaan yang sama seperti iPhone X lengkap dengan takuk skrin. Bingkai aluminium akan digunakan berbanding stainless steel. Hanya satu kamera sahaja akan digunakan pada bahagian belakang. Ini akan membolehkan Apple menjual peranti ini pada harga di antara $700-800  (~RM 2750-3200) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd