Oppo F5 Dashing Blue Edition Akan Dilancarkan Sempena Hari Kekasih
Artikel Berkaitan

Oppo F5 Dashing Blue Edition Akan Dilancarkan Sempena Hari Kekasih

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Oppo F5 dilancarkan di Malaysia dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas. Kemudian edisi khas berwarna merah dengan kristal Swarovski pula ditawarkan. Bagi mereka yang mungkin inginkan pilihan warna yang lebih unik. anda perlu menanti sehingga 14 Februari ini sempena sambutan hari kekasih. Pada hari tersebut Oppo F5 Dashing Blue Edition bakal dilancarkan.

Peranti ini mempunyai tubuh berwarna biru gelap dengan kemasan berkilat. Ini berbeza dengan kemasan yang agak pusam pada model edisi biasa. Tiada maklumat mengenai harga jualan buat masa ini.

Oppo F5 edisi biasa dilancarkan dengan skrin 6″ nirbingkai, dijana pemproses MediaTek P23, memori sebesar 4GB, storan sebesar 32GB, kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 20-Megapixel dan bateri sebesar 3200 mAh.

 


TIPS & ULASAN