Siri Kini Digunakan Secara Aktif Oleh 500 Juta Peranti Menurut Apple

Siri Kini Digunakan Secara Aktif Oleh 500 Juta Peranti Menurut Apple

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Siri ialah pembantu digital dari Apple yang boleh diaktifkan menggunakan suara, dan mula diperkenalkan oleh Apple melalui peranti iPhone 4s, dan kini hadir melalui pelbagai peranti-peranti lain seperti iPad, MacBook, Apple TV dan Apple Watch.

Apple baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Siri kini digunakan secara aktif melalui 500 juta peranti Apple di seluruh dunia, dan ini adalah peningkatan yang cukup ketara daripada tahun lepas, dimana Apple melaporkan di acara WWDC bahawa pembantu digital tersebut digunakan didalam 375 juta peranti di seluruh dunia.

Apple Homepod

Siri telah melalui pelbagai penambah-baikan semenjak ia diperkenalkan buat pertama kalinya, dan kini boleh memahami pertuturan dalam pelbagai jenis bahasa, dan dengan pengenalan peranti HomePod yang akan hadir di pasaran tidak lama lagi, bakal menerima banyak lagi kemaskini seperti kebolehan memberi cadangan lagu-lagu yang menarik dan sebagainya.


TIPS & ULASAN