Honor Berkongsi Senarai 8 Peranti Yang Akan Menerima Kemaskini EMUI 8.0

Honor Berkongsi Senarai 8 Peranti Yang Akan Menerima Kemaskini EMUI 8.0

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Buat masa ini hanya Honor View 10 ialah peranti Honor yang menggunakan EMUI 8.0 dan Android Oreo. Jumlah ini akan meningkat ke sepuluh selepas Honor berkongsi senarai rasmi sembilan peranti yang akan menerimanya hari ini di forum rasmi mereka.

Lapan peranti ini adalah Honor 7X, Honor 8, Honor V8, Honor Note 8, Honor 8 Lite, Honor 9, Honor 9 Lite, dan Honor V9. Dengan senarai rasmi ini, pengguna Honor 8 Pro (Honor V9 di China) boleh menghela nafas lega selepas kedengaran ura-ura ia tidak akan menerima kemaskini ke Android Oreo. Tetapi senarai di atas adalah untuk peranti yang dilancarkan di China sahaja. Kita hanya boleh berharap kemaskini EMUI 8.0 untuk peranti global adalah sama seperti di atas.


TIPS & ULASAN