KFC Melancarkan Dron “Kentucky Flying Object” Di India
Artikel Berkaitan

KFC Melancarkan Dron “Kentucky Flying Object” Di India

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Jika kita bercakap tentang Kentucky Fried Chicken, produk jualannya yang paling utama pastinya ayam goreng. Tetapi mereka turut kerap memperkenalkan menu bari mempelbagaikan pilihan kepada pengguna. Di India mereka mula menjual Smoky Grilled Wings. Bagi mempromosika menu baru ini mereka melancarkan KFO (Kentucky Flying Object) yang merupakan dron yang dibina dari kotak ayam.

Dengan pembelian Smokey Grilled Wings di restoran terpilih, pelanggan boleh membina sebuah KFO dari komponen yang terbina pada kotak. Dron quad-rotor ini boleh ditambat secara bluetooth kepada peranti pinta untuk dikawal. Sebelum ini KFC pernah melancarkan Gamer Box 2.0 yang mengubah kotak menjadi konsol mudah alih dan kerangka untuk iPhone di Jepun.


TIPS & ULASAN