Bateri iPhone Meletup Di China Selepas Digigit Bakal Pembeli Untuk Memastikan Ketulenannya

Bateri iPhone Meletup Di China Selepas Digigit Bakal Pembeli Untuk Memastikan Ketulenannya

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Klise filem koboi ialah orang menggigit emas untuk memastikan ketulenannya. Jika ia lembut, maka emas yang ingin dibeli adalah asli. Di China seorang bakal pembeli bateri iPhone melakukan ujian yang sama. Hasilnya ialah bateri tersebut meletup secara tiba-tiba.

Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Nanjing pada 19 Januari lalu di sebuah pusat barangan elektronik. Letupan yang berlaku mengakibatkan pembeli dan seorang wanita disambar api. Kedua-dua mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Isu bateri iPhone amat hangat sekarang kerana ia boleh mengakibatkan peranti diperlahankan. Bagi pembaca Amanz lakukanlah penukaran bateri pada pusat tukar ganti bertauliah bagi memastikan keaslian bateri. Jika berkeras juga anda mungkin akan disambar seperti api syurga meragut lalang.


TIPS & ULASAN