Chrome Untuk Android Kini Menyertakan Sokongan Menghalang Iklan Yang Membuka Tab Web Baru

Chrome Untuk Android Kini Menyertakan Sokongan Menghalang Iklan Yang Membuka Tab Web Baru

Diterbitkan pada Jan 24, 2018 oleh .

Google sebelum ini telah mengatakan mereka akan mula menghalang paparan iklan di web yang menganggu pengalaman pelayaran pengguna. Lanjutan daripadanya, hari ini Google telah mula menawarkan kemaskini untuk Google Chrome di Android, iaitu Chrome 64 dan menyertakan sebahagian daripada ciri berkenaan.

Melalui pelayar web Chrome 64 ini, Google kini akan mula menghalang iklan yang membuka sesuatu tab atau tetingkap pelayaran baru secara automatik tanpa kebenaran pengguna.

Chrome Android

Kebiasaannya, gangguan berbentuk sebegini digunakan pada beberapa laman web yang mempunyai penyertaan kadar iklan yang tinggi. Dengan halangan ini secara terbina pada Chrome di Android, ia akan memberikan pelayaran yang lebih baik kepada pengguna – disamping pada masa yang sama mengelak tab baru berjalan di latar tanpa kebenaran pengguna.

Disamping itu, Chrome 64 juga kini menyertakan tetapan khas yang membolehkan pengguna menghalang bunyi atau audio dimainkan pada sesatu web.

Bagi anda yang menggunakan Chrome di Android, anda boleh memulakan proses kemaskini hari ini, dan menikmati ciri baru ini.


TIPS & ULASAN