Bukan lagi rahsia bahawa Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan di MWC tahun ini. Tetapi tarikh sebenar pelancaran akhirnya disahkan oleh Samsung berlaku pada 25 Februari ini. Kedua-dua model Galaxy S9 dan S9+ akan dilancarkan pada tarikh tersebut di acara Unpacked.
Dari imej acah yang diperlihatkan pagi ini, ia memberikan petunjuk bahawa Galaxy S9 akan mempunyai peningkatan pada kemampuan kamera. Maklumat mengenai spesifikasi kamera yang telah tertiris adalah rakaman 1080P 480FPS dan lensa dengan nilai fstop yang berubah mengikut keperluan gambar. Hanya sebulan sahaja lagi sebelum tarikh pelancarannya dan adakah anda sudah teruja?