Fitbit Akan Menamatkan Sokongan Pebble Selepas Bulan Jun

Fitbit Akan Menamatkan Sokongan Pebble Selepas Bulan Jun

Diterbitkan pada Jan 25, 2018 oleh .

Fitbit sebelum ini telah mengambil-alih syarikat pengeluar jam tangan pintar Pebble, dan telah mengatakan akan menamatkan sokongan untuknya. Berkongsi mengenainya hari ini, Fitbit mengatakan mereka akan meneruskan sokongan untuk Pebble selama enam bulan lagi, dan akan menamatkan sokongan untuknya selepas 30 Jun 2018 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, pelbagai sokongan dan ekosistem Pebble akan ditamatkan – termasuk dari segi kedai aplikasi dan forum untuknya. Namun, pengguna masih boleh menggunakannya – tetapi ia mungkin tidak beroperasi seperti sebelum ini dari segi penawaran aplikasi dan sebagainya.

Sebagai alternatif, Fitbit mengalakkan pengguna Pebble untuk beralih ke ekosistem Fitbit, dan mengalakkan mereka mendapatkan jam tangan pintar Fitbit Ionic yang terbaru.

Bagi anda yang masih menggunakan Pebble, adakah anda akan beralih ke Fitbit Ionic, atau akan melihat ke penawaran jam tangan pintar baru yang lain?


TIPS & ULASAN