Celcom Dan Malaysia Airlines Menandatangani Perjanjian Untuk Manfaat Pelanggan

Celcom Dan Malaysia Airlines Menandatangani Perjanjian Untuk Manfaat Pelanggan

Diterbitkan pada Jan 25, 2018 oleh .

Celcom dan Malaysia AIrlines hari ini menandatangani perjanjian MoU dan bakal bekerjasama demi manfaat para pelanggan kedua-dua syarikat tersebut.

Diantara manfaat yang bakal dinikmati oleh pelanggan-pelanggan ini termasuklah cara lebih mudah untuk mendapatkan dan menggunakan mata Enrich Miles oleh MAS, diskaun untuk tiket penerbangan khusus untuk para pelanggan Celcom, dan juga harga data roaming yang lebih mampu-milik untuk para petugas penerbangan Malaysia AIrlines.

Butiran khusus mengenai perjanjian ini masih lagi sedang dimeterai oleh kedua-dua syarikat ini, tetapi menurut Michael Kuhner, CEO Celcom Axiata Berhad, hasil tangan kerjasama diantara Celcom dan Malaysia AIrlines ini boleh dilihat seawal 1 Februari 2018 kelak, apabila Celcom akan mengumumkan butiran mengenai beberapa manfaat seperti yang dinyatakan diatas.

Michael Kuhner menyatakan lagi bahawa kerjasama bersama Malaysia Airlines ini merupakan satu kerjasama jangka masa panjang, dan kedua-dua syarikat ini akan hadir dengan pelan-pelan yang lebih banyak lagi di masa akan datang.


TIPS & ULASAN