Carian
Ubisoft Hadir Dengan Pembantu Maya Untuk Peminat Permainan, Dinamakan SAM
January 25, 2018 Aman

Pada hari ini, kita telah melihat penawaran beberapa pembantu maya menarik, dan yang paling popular adalah Siri, Alexa dan Google Assistant. Walaupun diterajui oleh para gergasi, ia tidak menghentikan untuk syarikat-syarikat lain turut serta dalam arena sama.

SAM

Terkini, Ubisoft turut mengumumkan penawaran pembantu maya yang dinamakan sebagai SAM. Ubisoft dilihat memfokuskan penawaran pembantu maya mereka kepada para peminat permainan – terutamanya permainan terbitan mereka dan menggunakan akaun Ubisoft Club.

Melalui SAM, pengguna boleh bertanyakan beberapa perkara mengenai permainan yang sedang dimainkan mereka, bertanyakan mengenai permainan yang akan dilancarkan, atau mengetahui statistik berkenaan apa yang telah dimainkan mereka setakat ini.

SAM

Buat masa ini, Ubisoft menawarkan SAM untuk pengguna di Kanada sahaja, dan dijangka memperluaskannya ke negara-negara lain dalam masa terdekat.

https://www.youtube.com/watch?v=IhyLRYo0HrA

Komen