Tiada Lagi Telefon Pintar Jenama Lenovo Yang Baru Di Malaysia Selepas Ini

Tiada Lagi Telefon Pintar Jenama Lenovo Yang Baru Di Malaysia Selepas Ini

Diterbitkan pada Jan 25, 2018 oleh .

Lenovo sebelum ini telah mengambil-alih Motorola pada 2014 yang lepas, dan sejak daripadanya Lenovo telah aktif memasarkan pelbagai produk berjenama Moto di Malaysia, termasuk seperti Moto Z2, Moto X4, Moto M, dan sebagainya.

Kini, bergerak ke hadapan, syarikat disebaliknya mengumumkan yang mana Lenovo Mobile kini akan disatukan dan beroperasi dibawah jenama Motorola Malaysia sepenuhnya.

Moto Z2 Force

Dengan langkah ini, secara tidak langsung tiada lagi model telefon pintar berjenama Lenovo yang akan ditawarkan di pasaran tempatan – dan hanya akan memfokuskan kepada penawaran telefon pintar dibawah Motorola sahaja.

Buat masa ini, model yang telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini akan terus ditawarkan dan jaminan serta sokongannya akan diteruskan. Namun, selepas ini, kita hanya akan melihat penawaran peranti berjenama Moto sahaja di Malaysia.

Malah, mereka turut mengumumkan yang mana bergerak kehadapan, Motorola akan menjadi bahagian perniagaan mudah-alih di Malaysia.

Komputer riba dan penawaran produk PC berjenama Lenovo tidak terjejas dengan pengumuman ini.


TIPS & ULASAN