Carian
UiTM Mula Menggunakan Boost Untuk Transaksi Nirtunai
January 26, 2018 Aman

Dengan beberapa universiti yang telah mengumumkan perkhidmatan transaksi nirtunai, kini Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut tidak ketinggalan, dan mengumumkan kerjasama bersama Boost untuk tujuan berkenaan.

UiTM Boost

Buat masa ini, transaksi nirtunai telah mula diperkenalkan di kampus UiTM Shah Alam, Dengkil, Puncak Alam dan juga Sungai Buloh. Mereka dijangka memperluaskan penawaran transaksi nirtunai ini ke kampus UiTM yang lain seluruh negara menjelang penghujung tahun 2018 ini.

Dengan menggunakan Boost, pengguna boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk menambah kredit, dan seterusnya mengimbas kod QR pada penjual untuk membayar dengan pantas dan mudah.

Kita akan dapat melihat lebih banyak universiti melaksanakan transaksi nirtunai ini dengan meluas menjelang penghujung 2018 ini.

Komen