Lanjutan dari laporan semalam, Uber hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal berita bahawa Grab akan mengambil alih operasi mereka di Asia Tenggara. Melalui kenyataan rasmi yang diberikan pihak Uber kepada kami, mereka mengatakan berita yang dilaporkan hanyalah khabar angin yang tidak benar.
Uber mengatakan mereka terus komited terhadap rantau Asia Tenggara, dan akan terus melabur untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan, pemandu dan bandar-bandar di rantau ini.
Ura-ura yang didengari ini sebenarnya tidak mustahil kerana Uber pada tahun 2016 telah menawarkan operasi mereka di China kepada Didi Chuxing sebagai pertukaran kepada pegangan pada Didi dan pada masa yang sama mengurangkan persaingan yang memakan kos tinggi.