Carian
AMD
Ujian Penanda Aras Grafik Awal Menunjukkan AMD Ryzen 5 2400G Lebih Pantas Dari Intel Core i5-8400G
January 26, 2018 Nazrin

AMD dikatakan bakal mengumumkan kehadiran siri APU desktop mereka, AMD Ryzen Desktop 2000 pada bulan April kelak, dan kini, nampaknya syarikat tersebut dilihat menunjukkan kebolehan APU tersebut sedikit melalui dek pra-pelancaran.

Dari segi spesifikasi, APU AMD Ryzen 5 2400G hadir dengan empat teras dan lapan bebenang kuasa manakala CPU Intel Core i5-8400 mempunyai enam teras dan enam bebenang kuasa, dan kedua-dua cip pemprosesan ini hadir pada tanda harga yang lebih kurang sama.

Menurut gambar yang hadir pada dek tersebut, AMD dilihat menguji kedua-dua cip pemprosesan in imenggunakan permainan-permainan komputer seperti Battlefield One, Overwatch, Rocket League, Elder Scrolls: Skyrim dan Witcher 3 pada resolusi Full HD 1920×1080.

Graf tersebut juga memperlihatkan keberkesanan iGPU Vega 11 yang hadir dengan 11 NGCU yang menggunakan teknologi Infinity Fabric untuk menghubung cip CPU dan GPU didalam APU tersebut, yang boleh menggerakkan kesemua permainan-permainan tersebut melebihi 30FPS, berbanding dengan CPU Intel yang hadir dengan grafik Intel Iris sahaja.

Menariknya, ini juga dilihat sebagai ujian awal untuk APU Raven Ridge ini, dan kebarangkalian besar akan hadir dengan kemaskini lagi apabila bulan April tiba kelak. APU terbaru dari AMD ini kelak mungkin akan menjadi komponen dengan harga mampu milik untuk pembina PC tidak lama lagi.

Komen