HTC U12 Tidak Akan Dilancarkan Di MWC 2018
HTC

HTC U12 Tidak Akan Dilancarkan Di MWC 2018

Diterbitkan pada Jan 26, 2018 oleh .

2017 bukanlah tahun yang baik bagi HTC. Walaupun menghasilkan peranti inovatif HTC U11, jualan masih belum menunjukkan peningkatan dan syarikat terus mengalami kerugian. Tahun ini mereka dijangka akan melancarkan U12 sebagai peranti utama mereka. Menurut laporan Android Headlines, peranti ini tidak akan dilancarkan di MWC 2018.

MWC ialah acara yang kerap digunakan untuk melancarkan peranti utama oleh pengeluar. HTC dipercayai tidak akan melancarkan U12 di MWC kerana tidak mahu ia dibayangi peranti lain yang akan dilancarkan pesaing seperti Samsung, Nokia dan Sony. Tiga syarikat ini sudah mengesahkan akan melancarkan tiga peranti utama mereka.


TIPS & ULASAN