Carian
AirAsia Mengumumkan Tajaan Untuk Pasukan Dota 2 Daripada Mineski
January 26, 2018 Aman

AirAsia sedia mempunyai pasukan dalaman syarikat mereka untuk e-sukan, dan hari ini mereka terus memperluaskan sokongan arena e-sukan ini dengan menaja pasukan Dota 2 bawah Team Mineski.

Dibawah tajaan khas ini, AirAsia akan menjadi syarikat penerbangan eksklusif untuk Mineski Pro Team, selain menyertakan logo mereka pada bahan promosi Mineski seperti jersi. Nilai tajaan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

AirAsia Mineski

Pasukan yang ditaja dibawah Mineski ini adalah pasukan Dota 2 yang terdiri daripada lima pemain, iaitu Chai “Mushi” Yee Fung dan Kam “NaNa” Boon Seng dari Malaysia, Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang dari Singapura, Anucha “Jabz” Jirawong dari Thailand dan Filipino Michael “ninjaboogie” Ross Jr daripada Filipina.

AirAsia mengatakan tajaan ini adalah untuk tempoh setahun – dan tidak mustahil kita melihat ia diperluaskan untuk tahun-tahun akan datang.

Komen