Pengguna HTC 10 Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo
HTC

Pengguna HTC 10 Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Diterbitkan pada Jan 26, 2018 oleh .

Pengenalan kemaskini Android 8.0 Oreo oleh para pengeluar boleh dikatakan agak perlahan, dan masih terdapat pelbagai peranti yang masih belum menerimanya. Kebanyakkan pengeluar peranti Android generasi lama sering melupakan versi lama peranti mereka dalam penawaran sesuatu kemaskini – tetapi tidak untuk HTC.

HTC 10 sebelum ini telah dlancarkan pada 2016 yang lepas, dan kini selang dua tahun sejak dilancarkan, HTC hari ini telah mula menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo.

Bersama-sama kemaskini baru ini, ia menawarkan sedikit perubahan pada antaramuka, sokongan Picture-in-Picture, penambah-baikkan pada sistem, dan sejumlah ciri-ciri baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan HTC 10, anda boleh menyemak peranti anda untuk melihat sama ada ia boleh dinaik-taraf atau tidak. Kebiasaannya, ia akan ditawarkan secara berperingkat, dan mungkin akan mengambil masa beberapa hari sebelum semua menerimanya.


TIPS & ULASAN