Cari @ Amanz

Samsung sedia menjadualkan acara pengenalan telefon pintar Galaxy S9 dan Galaxy S9+ pada bulan Februari kelak, dan kini, seperti biasa, gambar kedua-dua peranti berkenaan telah pun tertiris ke arena web.

Dikongsikan oleh @evleaks, kedua-dua peranti ini membawakan rekaan seumpama Galaxy S8 yang lepas – dimana ia menyertakan rekaan nirbingkai, dan menggunakan skrin 5.8-inci untuk Galaxy S9, dan 6.2-inci untuk Galaxy S9+.

Samsung Galaxy S9

Kedua-duanya dijangka menjalankan cip Exynos 9810 atau Snapdragon 845, memori sehinggga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB.

Samsung Galaxy S9 dijangka hadir dengan kamera belakang 12-megapixel yang boleh laras antara bukaan lensa f/2.4 atau f/1.5 berdasarkan kepada cahaya persekitaran. Sementara Galaxy S9+ pula dijangka hadir dengan sokongan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang.

Kedua-duanya dijangka dilengkapi kamera 8-megapixel dihadapan untuk selfie.

Seperti biasa, kita akan dapat melihat lebih banyak gambar peranti Galaxy S9 ini dalam bulan-bulan akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd