Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna menstrim permainan video secara langsung ketika sedang dimainkan, dan memudahkan pengguna lain untuk menontonnya. Ciri berkenaan sendiri sedia memposisikan Facebook sebagai pesaing untuk Twitch – dan kini gergasi laman sosial berkenaan melangkah setapak lagi kehadapan.

Diumumkan hari ini, Facebook memperkenalkan program Facebook Creators khusus untuk tujuan penstriman permainan video ini. Melaluinya, Facebook ingin memudahkan para penstrim permainan video untuk membangunkan komuniti, dan disamping menjana pendapatan melaluinya.

Info penuh mengenainya masih samar-samar buat masa ini, tetapi ia dijangka akan membolehkan penonton untuk membuat sumbangan kepada para penstrim melalui Facebook ketika siaran langsung. Disamping itu, Facebook juga ingin memudahkan proses perkongsian antara platform seperti Instagram dan Oculus.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal lagi. Bagi anda yang sering menstrim permainan video, anda boleh mendaftar untuk menyertai program Facebook Gaming Creators ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd