Cari @ Amanz

Pasaran jam tangan pintar dikuasai oleh Apple Watch yang menggunakan WatchOS. Sungguhpun begitu Google masih belum mengalah dan terus membawakan pembaharuan kepada sistem operasi jam tangan pintar mereka Android Wear.

Kemaskini seterusnya yang bakal diterima ialah Android Wear 2.9. Ia akan akhirnya memaparkan ikon notifikasi dan jumlah mesej yang belum dibaca ke muka jam. Ikon berbentuk bulat ini akan muncul pada bahagian bawah muka jam secara default. Pembangun muka jam boleh juga memaparkannya dalam bentuk nombor bagi memberikan jumlah notifikasi yang belum dibaca. Tiada tarikh bilakah kemaskini ini bakal diterima buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd