Bukaan Kamera Boleh Ubah Samsung Galaxy S9 Mungkin Berfungsi Seperti Ini.

Bukaan Kamera Boleh Ubah Samsung Galaxy S9 Mungkin Berfungsi Seperti Ini.

Diterbitkan pada Jan 27, 2018 oleh .

Kurang dari sebulan sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S9 dilancarkan secara rasmi. Pelbagai maklumat mengenai rekaan, spesifikasi dan fungsi baru telahpun tertiris jauh lebih awal. Antara fungsi yang bakal diperkenalkan ialah bukaan kamera yang boleh diubah-ubah mengikut situasi pencahayaan tertentu.

Kamera utama Galaxy S9 boleh diubah nilai bukaannya dari f/2.4 ke f/1.5 menggunakan sistem mekanikal yang terlebih dahulu digunakan pada Samsung W2018. Kerana peranti ni tidak dijual di Malaysia ramai mungkin tertanya-tanya bagaimanakah rupa sistem ini?

Video di atas menunjukkan sistem ini berfungsi pada sebuah Samsung W2018. Sistem bukaan yang digunakan mirip seperti yang boleh ditemui pada kamera DSLR/Mirrorless. Masa yang diambil untuk bukaan berubah saiz juga amat pantas. Sejauh manakah kebaikan sistem ini berbanding sistem sedia ada hanya akan diketahui apabila kami mengulas Galaxy S9 kelak.


TIPS & ULASAN