Cari @ Amanz

Microsoft selain daripada Windows 10, turut mempunyai versi penawaran sedikit ringan dinamakan sebagai Windows 10 S. Kini, selain daripadanya, gergasi perkomputeran berkenaan kini dilaporkan sedang membangunkan satu lagi variasi baru sistem operasi yang dikenali dengan nama kod “Polaris”.

Fluent Design System

Polaris dikatakan dibangunkan berasaskan “Windows Core OS”, dan menggunakan antaramuka grafikal baru dikenali “CShell”. Melalui penggunaan “CShell”, ia dikatakan akan membuang pelbagai elemen dan ciri generasi lama, dan menawarkan pilihan lebih moden. Ia juga dijangka memudahkan pengoptimasian sistem operasi untuk pelbagai variasi saiz peranti.

“Polaris” ini juga selain daripada ringan, dikatakan dioptimasikan untuk menawarkan masa penggunaan bateri yang lama. Sistem operasi moden ini turut dikatakan akan perlu menggunakan aplikasi dan perisian daripada Microsoft Store sahaja, tetapi Microsoft dijangka mengintegrasikan ciri “Remote Virtualization” untuk menjalankan aplikasi dan perisian desktop dengan mudah melaluinya.

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih samar-samar lagi buat masa ini. Menurut laporan daripada Windows Central, kita mungkin akan melihat pengenalan sistem operasi moden ini menjelang 2019 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd