Yoodo – Satu Lagi Perkhidmatan Digital Dengan Kebebasan Memilih Pelan Telekomunikasi

Yoodo – Satu Lagi Perkhidmatan Digital Dengan Kebebasan Memilih Pelan Telekomunikasi

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Akhir-akhir ini, kita telah melihat sejumlah syarikat telekomunikasi baru hadir ke pasaran. Jikalau sebelum ini kita telah melihat Maxis hadir dengan ookyo, Tapp menggunakan Digi, dan kini hadir sebuah lagi jenama perkhidmatan digital yang baru, dinamakan sebagai Yoodo. Daripada apa yang dilihat, Yoodo beroperasi dibawah Celcom.

Melalui Yoodo, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi untuk Android atau iPhone, dan seterusnya membuat tempahan untuk kad-SIM yang akan dihantar terus kepada anda. Segala pengurusan akaun dan khidmat bantuan juga dilakukan secara atas-talian – sekaligus dilihat memfokuskan lebih kepada generasi digital masa kini.

Yoodo Celcom

Dari segi pelan, pengguna boleh menetapkan sendiri berapakah data internet yang diperlukan, minit panggilan yang diperlukan atau SMS yang diperlukan. Yoodo melalui aplikasi mereka menyediakan sebuah bar tatal khusus yang membolehkan anda melaraskan pelan mengikut keperluan anda – dan memilihnya sebagai pelan untuk pakej anda. Seperti biasa, anda turut boleh membuat perubahan pada pilihan pekan selepas membuat tetapan awal.

Yoodo

Untuk pengetahuan anda, melalui Yoodo, anda boleh mendapatkan pakej data 5GB pada harga RM30 sebulan, dan ia boleh ditingkatkan sehingga kepada 100GB. Perkara sama juga turut boleh dilakukan untuk panggilan suara dan SMS. Yoodo turut menyediakan pakej tambahan seperti 10GB data khusus untuk YouTube pada harga RM20, atau 5GB data untuk Facebook atau Instagram pada harga RM10 sebulan.

Pengguna akan diperlukan memasukkan kad kredit atau debit – dan ia akan dipotong secara automatik setiap bulan berdasarkan kepada tetapan nilai langganan anda. Menariknya bagi Yoodo adalah ia dilihat tidak memerlukan VPN khusus untuk beroperasi – berbeza dengan Oookyo atau Tapp.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan Yoodo hari ini melalui aplikasi Android dan iOS, dan mencubanya sendiri. Memandangkan ia menggunakan rangkaian Celcom, maka kita boleh melihat liputannya adalah menyeluruh di Malaysia.

Muat-Turun Yoodo untuk Android

Muat-Turun Yoodo untuk iPhone


TIPS & ULASAN