Galaxy S9 Dijangka Mengintegrasikan Ciri Yang Gabungkan Imbasan Wajah Dan Mata

Galaxy S9 Dijangka Mengintegrasikan Ciri Yang Gabungkan Imbasan Wajah Dan Mata

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Samsung pada peranti mereka sebelum ini sedia menyertakan sokongan imbasan mata. Kini, bergerak kehadapan, melalui Galaxy S9 yang akan datang pada bulan Februari 2018 kelak, Samsung dilihat akan hadir dengan sebuah ciri baru yang dinamakan sebagai Intelligent Scan.

Ciri baru ini ditemui pada aplikasi tetapan Samsung. Tetapi, sehingga kini, Samsung masih belum pernah mengumumkan ciri baru ini secara rasminya.

Daripada penerangan yang ditemui, Intelligent Scan dikatakan mengabungkan penggunaan imbasan mata dan juga imbasan wajah – sekaligus menawarkan hasil yang baik tidak kira pada keadaan cahaya terang ataupun gelap.

Dengan gabungan penggunaan kedua-dua imbasan ini, ia dijangka menawarkan lebih kemudahan kepada pengguna – disamping kekuatan sekuriti yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya. Mungkinkah dengan populariti nyah-kunci peranti menggunakan wajah yang semakin popular, pihak Samsung akan memperkenalkan ciri baru ini bersama-sama dengan Galaxy S9 kelak?


TIPS & ULASAN