Audio Technica Memperkenalkan Fon Kepala Edisi Terhad ATH-M50xBB

Audio Technica Memperkenalkan Fon Kepala Edisi Terhad ATH-M50xBB

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Audio Technica merupakan sebuah syarikat pembuat peralatan audio yang cukup terkemuka dari Jepun. Fon-fon kepala mereka digunakan oleh pelbagai jenis pengguna, termasuklah pendengar kasual, golongan audiophile dan juga oleh penyanyi dan mereka yang menulis dan merakam lagu.

Terkini, syarikat tersebut dilihat memperkenalkan versi edisi terhad untuk salah satu fon kepala paling popular mereka, iaitu Audio Technica ATH-M50xBB, ataupun ATH-M50x Blue Black Edition, dimana fon kepala tersebut diberikan nafas baru dengan rekaan warna biru dan hitam.

Fon kepala ini hadir dengan rekaan cangkerang lasak sama seperti M50x yang asal, bersama-sama dengan driver audio 45mm yang bukan sahaja memberi pengguna bunyi yang lantang, tetapi juga tahap bass yang memuaskan.

Selain dari itu, fon kepala ini juga hadir dengan earcup yang boleh dipusing 90 darjah untuk membuatkan ia lebih mudah didengari dengan satu telinga jika anda sedang memainkan lagu EDM, dan juga boleh dilipat dan ditanggalkan kabel audionya untuk disimpan dengan mudah.

Fon kepala Audio Technica ATH-M50xBB ini bakal hadir di pasaran pada bulan Mac kelak untuk harga $169 (RM654).


TIPS & ULASAN