Program Windows 10 Mobile Insider Ditamatkan Microsoft

Program Windows 10 Mobile Insider Ditamatkan Microsoft

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Program Windows 10 Mobile Insider diperkenalkan oleh Microsoft bagi memperkenalkan fungsi baru kepada sistem operasi telefon pintar mereka. Peserta akan dapat menguji sistem baru lebih awal berbanding pengguna biasa. Bagi peserta di seluruh dunia, berita buruk pagi ini ialah tiada lagi binaan terbaru akan diberikan selepas ini.


Brandon LeBlanc, yang merupakan pengurus program pasukan Windows Insider Program mengesahkan tiada lagi binaan baru menerusi akaun Twitter beliau. Pengumuman beliau ini tidak mengejutkan tetapi pastinya mengecewakan peminat sistem operasi ini. Microsoft sendiri tidak mempunyai perancangan menghasilkan peranti baru dan tidak lagi memberikan tumpuan kepada Windows Mobile 10. Tetapi mereka hanya akan memberikan kemaskini keselamatan sahaja.


TIPS & ULASAN