Kita masih lagi di bulan Januari tetapi ura-ura mengenai model kemaskini kepada iPhone X sudahpun didengari sejak beberapa bulan yang lalu. KGI Securities ialah penganalisa yang paling kerap memberikan ramalan mengenai model tahun 2018. Terkini KGI mengatakan kedua-dua model iPhone X tahun ini akan dilengkapi memori sebesar 4GB RAM.
Model tahun ini hanya dilengkapi memori sebesar 3GB RAM. Dengan penggunaan RAM lebih besar mungkin iPhone X 2018 akan akhirnya dapat memintas OnePlus 5T yang dilengkapi 8GB RAM sebagai peranti yang terpantas dalam melakukan multi-tugas. Dua model yang akan dilancarkan dipercayai akan dinamakan iPhone X dengan skrin AMOLED 5.8 inci dan iPhone X Plus dengan skrin AMOLEDÂ 6.5 inci. Saiz bateri iPhone X juga dijangka mencecah 3400 mAh dengan rekaan huruf L menggunakan dua sel.
Sebuah lagi model iPhone akan menggunakan rekaan seperti iPhone X tetapi dengan skrin Full Active LCD sebesar 6.1 inci. Skrin LCD tanpa sokongan 3D Touch dengan bingkai yang nipis ini dipercayai akan menggunakan komponen keluaran JDI. Tidak seperti iPhone X, bateri yang digunakan tidak berbentuk L.