Google Melabur Pada Go-Jek, Pesaing Uber Dan Grab Di Indonesia

Google Melabur Pada Go-Jek, Pesaing Uber Dan Grab Di Indonesia

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Syarikat teknologi seperti Google sering membuat pelaburan pada pelbagai startup teknologi lain dalam memperluaskan portfolio mereka, selain terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena teknologi.

Terkini, Google mengumumkan yang mana mereka membuat pelaburan pada salah satu startup popular di Indonesia, iaitu Go-Jek. Bagi yang tidak mengenali akan Go-Jek, ia menawarkan perkhidmatan seumpama Uber dan Grab di Indonesia – tetapi lebih daripada itu, pengguna turut boleh membuat tempahan makanan, perkhidmatan dan sebagainya menggunakan perkhidmatan berkenaan. Disamping itu, Go-Jek juga turut mempunyai penawaran dompet digital mereka tersendiri.

Nilai pelaburan tidak diumumkan oleh Google. Google mengatakan pelaburan ini akan membolehkan mereka bekerjasama dengan startup terkemuka di Indonesia, selain pada masa yang sama meneruskan komitmen mereka untuk ekonomi digital di Indonesia.


TIPS & ULASAN