DBKL Akan Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Memastikan Aliran Trafik Yang Lancar

DBKL Akan Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Memastikan Aliran Trafik Yang Lancar

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

MDEC dan DBKL hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama bersama Alibaba, dimana kini DBKL akan mula menggunakan sokongan kecerdasan buatan dinamakan City Brain dalam menganalisa pelbagai data dan pengurusan bandar secara pintar.

Teknologi City Brain ini pernah digunakan di bandar asal Alibaba sebelum ini, iaitu Hangzhou. Penggunaan di Kuala Lumpur ini adalah kali pertama sistem kecerdasan buatan ini digunakan di luar China secara rasminya.

Melalui penggunaan sokongan kecerdasan buatan ini, fasa awal ingin memfokuskan kepada meningkatkan kadar aliran trafik di jalan raya.

Ratusan lampu isyarat dan kamera CCTV akan dihubungkan ke sistem ini, dimana menggunakan sistem kecerdasan buatan, ia akan memantau dan mengumpulkan pelbagai data berkaitan aliran trafik. Seterusnya sistem kecerdasan buatan ini turut akan melakukan keputusan untuk menjadikan aliran lebih lancar berbanding kebiasaan.

Selain itu, dengan pengumpulan pelbagai data untuk kecerdasan buatan, ia secara tidak langsung akan turut membawa kepada pengurusan bandar yang lebih efisyen – termasuk dalam perancangan bandar, perkhidmatan kecemasan dan sebagainya.

Kita mungkin akan dapat melihat pelbagai perubahan di bandar Kuala Lumpur dalam bulan-bulan akan datang hasil penggunaan teknologi baru ini.


TIPS & ULASAN