Cari @ Amanz

Fungsi paparan HDR adalah fungsi premium yang buat masa ini hanya ditemui pada peranti-peranti premium. Dengan HDR, paparan gambar pada skrin bukan sahaja lebih terang malahan kelihatan lebih hidup. Razer Phone yang dilancarkan tahun lalu akhirnya memasuki senarai peranti yang menyokong penstriman kandungan HDR Netflix.

 

Ini meningkatkan jumlah peranti Android yang menyokong penstriman kandungan HDR Netflix kepada enam iaiatu LG G6, LG V30, Sony Xperia XZ Premium , Sony Xperia XZ1 dan Samsung Galaxy Note 8. Bagi sistem operasi iOS pula hanya iPad Pro (Gen2), iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X disokong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd