Oppo F5 Edisi Terhad “Dashing Blue” Boleh Ditempah Bermula 5 Hingga 10 Februari

Oppo F5 Edisi Terhad “Dashing Blue” Boleh Ditempah Bermula 5 Hingga 10 Februari

Diterbitkan pada Jan 30, 2018 oleh .

Lanjutan kepada laporan kami bahawa OPPO bakal hadir dengan telefon OPPO F5 edisi terhad “Dashing Blue”, mereka telah mengumumkan bahawa pra-tempah untuk peranti ini bakal dibuka pada 5 Februari hingga 10 Februari 2018.

Dari segi spesifikasi, OPPO F5 Dashing Blue ini masih hadir dengan spesifikasi yang sama, iaitu skrin 6.0 inci pada resolusi 2160×1080 dengan nisbah paparan 18:9 yang digerakkan oleh cip pemprosesan lapan teras MediaTek Helios P23, 4GB RAM dan juga storan sebesar 32GB yang boleh dilanjutkan lagi melalui kad microSD. Melengkapi peranti ini ialah kamera utama 16MP dan juga kamera hadapan 20MP yang cukup sesuai sekali untuk mengambil swafoto berkualiti tinggi.

 

Walaupun Hari Kekasih biasanya dikaitkan dengan warna merah, telefon OPPO F5 ini hadir dengan rekaan berwarna biru dengan kemasan berkilat, dan menurut OPPO, ini melambangkan kesetiaan, kegembiraan dan cinta yang berkekalan.

Selain dari itu, OPPO juga memperkenalkan filem pendek bertajuk “Listen To Your Heart” yang dibintangi duta OPPO Eric Chou dan Min Chen untuk mempromosi OPPO F5 Dashing Blue ini.

Menurut OPPO lagi, pra-tempahan untuk telefon OPPO F5 Dashing Blue ini boleh dibuat melalui laman web OPPO Malaysia ataupun kedai konsep OPPO. Tarikh dan harga jualan untuk peranti OPPO F5 edisi terhad Dashing Blue ini akan diumumkan pada masa yang terdekat.


TIPS & ULASAN