Yoodo Diperkenalkan Secara Rasmi – Penghantaran Kad SIM Sepantas 2 Jam Di Lembah Klang

Yoodo Diperkenalkan Secara Rasmi – Penghantaran Kad SIM Sepantas 2 Jam Di Lembah Klang

Diterbitkan pada Jan 30, 2018 oleh .

Semalam telah menyaksikan hadirnya syarikat telekomunikasi baru di pasaran tempatan iaitu Yoodo. Yoodo yang beroperasi dibawah Celcom menawarkan perkhidmatan telekomunikasi secara digital, yang menyasarkan golongan digital masakini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yoodo turut menyatakan apabila menyasarkan golongan digital, adalah penting untuk kesemua pengalaman menggunakannya adalah digital. Bagi mendaftar Yoodo, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi, dan kad SIM akan dihantar kepada pelanggan. Ia tidak memerlukan pengguna membawa kad pengenalan di kaunter cawangan, sekaligus memudahkan mereka.

Proses pendaftaran adalah selepas pengguna menerima kad SIM, dimana pengguna hanya perlu mengimbas kad pengenalan atau passport, kemudian mengambil gambar selfie sebagai tujuan pengesahan untuk pendaftaran.

Selain dari itu, pengguna boleh melakukan tetapan pelan mereka menerusi aplikasi, dan memilih kuota data, panggilan, SMS mengikut apa yang mereka kehendaki. Dan tetapan ini boleh diubahsuai mengikut kesukaan pelanggan, walaupun selepas membeli Yoodo. Yoodo turut menawarkan beberapa pek data, iaitu untuk YouTube, Facebook dan juga Instagram.

Bagi melengkapkan keseluruhan pengalaman penggunaan digital, pembayaran pelan adalah melalui kad kredit atau debit, dan sokongan khidmat pengguna adalah menerusi aplikasi.

Bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang, pelanggan boleh memilih penghantaran Segera membolehkan penghantaran kad SIM akan dilakukan oleh GoGet dalam tempoh 2 jam, manakala bagi penghantaran biasa termasuk ke negeri yang lain adalah melalui pos.

Layari: Yoodo

Muat-Turun Yoodo untuk Android

Muat-Turun Yoodo untuk iPhone


TIPS & ULASAN