CEO Razer Ingin Membuka Kedai Flagship Razer Di Malaysia

CEO Razer Ingin Membuka Kedai Flagship Razer Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 30, 2018 oleh .

Razer ialah jenama aksesori PC yang menjadi kegilaan penggemar permainan video. Tahun lalu mereka akhirnya menerjah ke dalam arena  telefon pintar dengan Razer Phone. Bagi peminat di Malaysia, mereka terpaksa memesannya dari negara jiran Singapura ataupun dari pihak ketiga kerana tidak dijual secara rasmi.

Di masa hadapan ini mungkin tidak akan lagi menjadi masalah kerana Razer mungkin akan membuka kedai flagship mereka di Malaysia. Hasrat membuka kedai ini diluahkan sendiri oleh CEO Razer Min-Liang Tan menerusi status Facebook beliau hari ini. Beliau turut mendedahkan Malaysia ialah negara yang mempunyai peminat produk Razer yang tertinggi.

Sekiranya anda ingin beliau mempercepatkan proses pembukaan kedai Razer di Malaysia, sila tinggalkan komen di status beliau.


TIPS & ULASAN