(Ura-Ura) Vivo Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan 10GB RAM

(Ura-Ura) Vivo Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan 10GB RAM

Diterbitkan pada Jan 30, 2018 oleh .

Arena peranti mudah-alih boleh dikatakan bergerak pantas – dan salah satu kaedah pengeluar peranti mencuri perhatian para pengguna adalah dengan menawarkan spesifikasi tinggi pada peranti mereka.

Pada hari ini, kita sedia melihat penawaran memori sehingga 8GB RAM pada telefon pintar, dan kini hadir desas-desus mengatakan Vivo mungkin akan menjadi terawal mengintegrasikan memori 10GB RAM pada telefon pintar akan datang.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi berkenaan kesahihan desas-desus baru ini. Ia turut dikatakan yang mana peranti berkenaan akan menyertaka spesifikasi tinggi lain – termasuk penggunaan storan 512GB.

Seperti biasa, walaupun buat masa ini ia hanya sekadar desas-desus, tetapi tidak mustahil untuk melihat dalam setahun dua ini untuk melihat peranti mudah-alih dengan 10GB RAM.


TIPS & ULASAN