Asus baru sahaja memperkenalkan Zenfone 4 sekitar lima bulan yang lepas, dan kini mereka dilihat sudah bersedia untuk memperkenalkan keluarga peranti generasi seterusnya, iaitu Zenfone 5.
Untuk makluman, pihak Asus sendiri sebelum ini telah memberikan petanda akan memperkenalkan Zenfone 5 lebih awal berbanding tahun lepas, dan melalui jemputan media yang telah dihantar oleh Asus, mereka dilihat akan memperkenalkan Zenfone 5 secara rasminya pada 27 Februari 2018 kelak..
Apakah variasi peranti yang akan diperkenalkan masih menjadi tanda tanya. Namun, kita mungkin akan dapat melihat siri Zenfone 4 diteruskan jualannya, dan berkemungkinan Zenfone 5 akan dipasarkan sedikit lewat selepas pelancaran rasminya kelak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi Zenfone 5 pada MWC 2018 kelak.