Carian
Xiaomi Redmi 1S Menerima Kemaskini MIUI 9 Tetapi Berasaskan Android KitKat
January 31, 2018 Effi Saharudin

Beberapa minggu yang lalu Xiaomi menyenaraikan 40 peranti yang akan menerima kemaskini MIUI 9. Antara peranti tertua di dalam senarai ini ialah Redmi 1S yang dilancarkan pada tahun 2014. Ia telah menerima kemaskini MIUI 9.2.2.0 di India tetapi masih lagi menggunakan sistem operasi Android 4.4.4 KitKat.

Menerusi kemaskini ini, Redmi 1s akan menerima antaramuka baru selari dengan peranti Xiaomi yang lebih baru tetapi tidak akan menerima fungsi baru seperti multi-tingkap. Kemaskini keselamatan juga masih lagi untuk bulan Oktober 2016. Segala kerentanan yang berlaku selapas tarikh tersebut tidak akan ditampal. Masihkah ada pembaca Amanz yang menggunakan Redmi 1S?

Komen