VLC Beta Untuk Android Kini Menguji Sokongan Chromecast

VLC Beta Untuk Android Kini Menguji Sokongan Chromecast

Diterbitkan pada Jan 31, 2018 oleh .

VLC merupakan salah satu pemain media popular yang digunakan ramai pada desktop. Selain pada desktop, mereka juga turut mempunyai penawaran untuk peranti mudah-alih.

VLC Android

Terkini, melalui versi beta yang diuji oleh VLC untuk pengguna Android, mereka dilihat telah menambah ciri eksperimental baru, iaitu Chromecast.

Melaluinya, anda boleh menggunakan telefon pintar anda untuk strim sebarang video atau audio ke televisyen atau peranti dengan sokongan Chromecast.

Buat masa ini, ciri ini masih dilabelkan sebagai eksperimental, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan secara rasminya pada versi stabil aplikasi berkenaan di Android.

Muat-Turun VLC untuk Android


TIPS & ULASAN