Cari @ Amanz

Majoriti peranti di pasaran direka untuk kegunaan biasa harian. Jika anda mahu memastikan ia tidak mengalami kerosakan, penggunaan kerangka tahan lasak amat digalakkan. Tetapi kami sedari kerangka tahan lasak sukar ditemui untuk tablet bersaiz besar. Bagi mereka yang bekerja di dalam industri pembinaan misalnya, penggunaan peranti yang direka khusus untuk kegunaan lasak amat diperlukan.

Panasonic Toughpad FZ-G1 ATEX ialah tablet Windows 10 Pro yang melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD 810 dan kalis air IP65. Ini adalah model yang mensasarkan pekerja di sektor kimia, petroleum dan gas asli. Tablet dengan skrin 10.1″ ini dijana menggunakan pemproses Intel Core i5-6300u vPro yang sudah agak berusia. Keempat-empat bucu tablet ini mempunyai pad penyerap hentakan. Ia akan dijual bermula Februari pada harga €3,028 (~RM 14,700) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd