Spotify Melancarkan Aplikasi Stations Hanya Untuk Menstrim Playlist

Spotify Melancarkan Aplikasi Stations Hanya Untuk Menstrim Playlist

Diterbitkan pada Jan 31, 2018 oleh .

Kerap kali di waktu pagi ketika memandu ke pejabat kami akan mendengar muzik menggunakan Spotify. Kerana malas berfikir, kami juga kerap menggunakan fungsi Playlist untuk mendengar senarai lagu berdasarkan genre tertentu. Bagi mereka yang gemar menggunakan fungsi playlist, Spotify telah melancarkan aplikasi Stations.

Aplikasi percuma ini hanya memaparkan senarai lagu. Muzik yang didengari tidak boleh ditukar ketika mendengar walaupun anda pelanggan Spotify Premium. Pengguna hanya dibenarkan untuk menyukai lagu dan senarai lagu yang didengari bagi menghasilkan senarai muzik peribadi. Buat masa ini Stations hanya boleh dimuat turun pengguna Android di Australia. Tidak diketahui sama ada ia akan dilancarkan di pasaran lain atau untuk iOS buat masa ini.


TIPS & ULASAN