Cari @ Amanz

Peranti pintar tidak akan digunakan secara optimum sekiranya tidak mempunyai aplikasi. Kekurangan aplikasi adalah antara sebab mengapa sistem operasi seperti Window 10 Mobile gagal menentang duopoli Android dan iOS. Tetapi jumlah aplikasi yang banyak juga tidak bermakna sesebuah sistem operasi itu berkualiti. Kami yakin anda pernah menemui banyak aplikasi yang kurang berkualiti dan kadang kala adalah aplikasi hasad.

Google Play Store Pra-DaftarGoogle Play membolehkan pengguna memuat turun aplikasi untuk peranti Android. Terdapat lebih dari 3.5 juta aplikasi boleh dimuat turun menerusinya. Tahun lalu pihak Google telah membuang lebih dari 700,000 kerana melanggar polisi Google Play. Antara kesalahan yang dilakukan ialah aplikasi yang meniru aplikasi lebih popular, kandungan yang tidak sesuai (keganasan dan pornografi) dan adalah perisian hasad.

Sebanyak 99% aplikasi yang dibuang ini berjaya ditarik sebelum sempat dimuat turun oleh pengguna Google Play. Sebanyak 100,000 pembangun aplikasi juga telah digantung bagi mengelakkan mereka dari terus menghasilkan aplikasi yang melanggar polisi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd