Cari @ Amanz

Asus sedia menggunakan penjenamaan TUF Gaming pada papan induk sebelum ini, dimana papan induk berkaitan hadir pada harga premium serta ciri tahan lasak dan sebagainya. Kini, melalui desas-desus awal yang kami dengar, Asus dijangka mula menggunakan jenama ASUS TUF Gaming ini untuk komputer riba permainan dengan spesifikasi asas.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini Asus memasarkan komputer riba permainan dengan spesifikasi pertengahan dan tinggi dibawah jenama ROG, dan untuk spesifikasi asas, mereka menjenamakannya dibawah panggilan nama kod FX, dan sebagainya. Dengan penggunaan jenama TUF Gaming ini, ia akan memudahkan lagi para pengguna memahami penawaran Asus, sekaligus memposisikan jenama berkenaan lebih tinggi dikalangan peminat komputer riba permainan.

ASUS TUF Gaming

Dibawah ASUS TUF Gaming ini kelak, ia akan menawarkan sejumlah ciri menarik, termasuk prestasi yang stabil, sokongan dwi-kipas, kualiti binaan yang baik dari segi papan kekunci dan sebagainya, serta sokongan skrin pada kadar segar semula 120Hz. Komputer riba pertama dibawah siri ini dijangka akan hadir dengan kad grafik GTX 1050 atau 1050 Ti, selain dilengkapi cip pemprosesan generasi terkini daripada Intel.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai penjenamaan semula baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd