Pengguna Mac Dijangka Akan Dapat Menjalankan Aplikasi iPad Tidak Lama Lagi

Pengguna Mac Dijangka Akan Dapat Menjalankan Aplikasi iPad Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Apple pada tahun ini dikatakan akan memfokuskan kepada penawaran kestabilan dan sekuriti untuk pelbagai sistem operasi mereka. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, Apple tidak melupakan ciri-ciri baru, dan kini ia dilaporkan oleh Axios yang mana Apple mungkin akan memperkenalkan sokongan untuk komputer Mac menjalankan aplikasi iPad.

Dengan sokongan ini, ia sekaligus akan memudahkan para pengguna Mac menjalankan sejumlah aplikasi menarik daripada iPad terus pada komputer mereka. Seperti ramai sedia maklum, kedai aplikasi iPad boleh dikatakan lebih aktif dan mempunyai aplikasi yang dikemaskini lebih kerap berbanding dengan Mac App Store.

Penyertaan ciri baru ini juga akan sekaligus memberikan nafas baru kepada macOS, sekaligus dijangka menarik lebih ramai untuk menaik-taraf atau membeli Mac baru.

Seperti biasa, buat masa ini, ia hanya laporan awal sahaja, dan pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN