Nintendo telah memperkenalkan beberapa permua sebelum ini yang mana masing-masing berjaya mencuri perhatian ramai pemain seluruh dunia. Kini, mereka turut mengumumkan satu lagi permua baru yang sedang dalam pembangunan, iaitu Mario Kart Tour.
Melalui Mario Kart Tour, kita boleh menyasarkan permainan lumba dengan grafik serta watak-watak ceria daripada permainan Mario. Seperti sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat ia ditawarkan untuk Android dan juga iOS. Bentuk permainan penuh untuknya masih belum dikongsikan buat masa ini.
Pengumuman ini selari dengan apa yang dikatakan Nintendo sebelum ini – dimana mereka menyasarkan sekitar 2-3 permua setiap tahun. Nintendo menyasarkan untuk memperkenalkan Mario Kart Tour ini sebelum Mac 2019 kelak.
The checkered flag has been raised and the finish line is near. A new mobile application is now in development: Mario Kart Tour! #MarioKartTour Releasing in the fiscal year ending in March 2019. pic.twitter.com/8GIyR7ZM4z
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) February 1, 2018