Pada hari ini, kita telah melihat sejumlah perkhidmatan perkongsian basikal ditawarkan, termasuk daripada oBike, Mobike, ofo dan sebagainya. Dengan pilihan pengangkutan baru ini, ia turut membuatkan penyedia perkhidmatan tempahan pengangkutan seperti Didi dan Grab bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan perkongsian basikal.
Kini, Uber turut tidak ketinggalan, dan telah memulakan ujian perkhidmatan perkongsian basikal di Amerika Syarikat.
Dinamakan sebagai Uber Bike, pihak Uber bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan perkongsian basikal di Amerika Syarikat, iaitu JUMP. Bermula di San Francisco, pengguna boleh membuka aplikasi Uber, memilih Uber Bike, dan membuat tempahan terus untuk menggunakannya.
Buat masa ini, Uber pada peringkat ujian untuk perkhidmatan baru ini, dan mungkin kita akan melihat ia diperluaskan ke bandar-bandar lain mengikut permintaan dan betapa berjayanya penawaran perkhidmatan baru ini.