Carian
Harley-Davidson Dijangka Memasarkan Motosikal Elektrik Menjelang 2019
February 1, 2018 Aman

Harley-Davidson merupakan salah satu jenama motosikal popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Kini, dengan pelbagai jenis pengangkutan yang beralih ke arah elektronik, pihak Harley-Davidson turut tidak ingin ketinggalan.

Selepas menguji prototaip awal pada 2014 yang lepas, kini Harley-Davidson mengumumkan yang mana mereka ingin memperkenalkan motosikal elektrik kepada umum dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Buat masa ini, spesifikasi dan penawaran penuh untuk motosikal elektrik ini tidak dikongsikan lagi. Tetapi, jikalau ia berasaskan kepada prototaip sebelum ini, ia mungkin mampu bergerak sekitar 80 kilometer dengan pengecasan penuh, selain mampu mencapai kelajuan sehingga 96 kilometer dalam masa 4 saat.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai projek Harley-Davidson ini dalam bulan-bulan akan datang.

Komen