Unifi TV Menambah 10 Saluran Baru – Percuma Untuk Pelanggan Unifi TV Sehingga 31 Mac 2018

Unifi TV Menambah 10 Saluran Baru – Percuma Untuk Pelanggan Unifi TV Sehingga 31 Mac 2018

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Telekom Malaysia pada bulan lepas telah mengumumkan penjenamaan semula perkhidmatan IPTV mereka daripada HyppTV kepada Unifi TV. Kini, lanjutan daripadanya, Telekom Malaysia hari ini turut mengumumkan yang mana mereka menambah 10 saluran baru untuk Unifi TV.

10 saluran baru berkenaan adalah meliputi FOX, Fox Movies, Fox Family Movies, Fox Action Movies, FX, Nat Geo Wold, Fox Life, National Geographic, Sky News HD dan juga BabyTV.

Dan bersempena dengan pengenalan ini, TM turut mengumumkan yang mana semua pelanggan Unifi TV boleh menontonnya secara percuma daripada 1 Februari hingga 31 Mac 2018 kelak. Bagi anda yang menggunakan Unifi TV, anda boleh menyemak penawaran saluran baru ini pada saluran CH960-969 hari ini.


TIPS & ULASAN