Cari @ Amanz

Penggunaan teknologi realiti-gabungan (Augmented Reality) untuk promosi semakin popular dari hari ke hari. Terkini, Maxis hadir dengan promosi dinamakan Huat AR bersempena dengan Tahun Baru Cina dan menggunakan teknologi AR dalam “menghidupkan” tarian singa.

Maxis Huat AR

Seperti ramai sedia maklum, tarian singa sangat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Bersempena dengannya, Maxis kini menawarkan sampul Ang Pao edisi terhad yang boleh diimbas menggunakan aplikasi Maxis HuatAR, sekaligus “menghidupkan” tarian singa.

Maxis mengatakan mereka menawarkan tiga jenis sampul ang pao berbeza yang membawa kepada bentuk tarian yang berbeza. Untuk mendapatkannya, pelanggan dikehendaki membuat pembelian di mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis bermula 1 Februari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd